Krisis Makanan | China ajak komuniti antarabangsa segera bertindak

2022-07-19 0

China menyarankan komuniti antarabangsa mengambil tindakan untuk menangani krisis makanan selain memperkasa kerjasama pertanian dan makanan global.

Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Zhang Jun berkata, ini masa yang sesuai untuk komuniti bertindak secara bersama, bukan sahaja untuk selesaikan masalah makanan untuk jangka masa pendek tetapi juga memperhebat kerjasama pertanian pada masa depan.